Saturday, September 19, 2009

Selamat Hari Raya

Saye shazwani a.k.a wanyie ingin megucapkan selamat hari raya kepada family, kawan2, blogger and sume muslimin dan muslimat di dunia ini hehe..


MySpace

saye juge ingin meminta maaf dari hujung kaki hingga hujung rambut..ne tau de terngumpat ke tersalah kate ke segale ter2 la..kalau de salah arap diampun ye..
MySpace

(nurul iliani @ lili) : selamat pengantin baru yang bakal berkahwin pada hari raye ke 5 nnt..semoge sumenye akan berjalan lancar..insyaAllah wanyie akan datang..

Jihan & ila : terima kasih banyak2 tuk kad raye tuh..sori tak dapat nak balas, kalau datang klang jangan lupe singgah rumah wani tau..

Mr X : ehmm sedang pk2 nak datang raye uma awak ke tak heheheee..selamat ari raye..jangan sedih2 zaman bujang da takde..nnt wani di kebas orang, nak ke??hahahaa =p

Sunday, September 13, 2009

Ramadhan 2009

Kenangan berbuke puase tuk tahun 2009
5 Sept - De Palma Hotel, Ampang..di belanja oleh Pak Ali..every year pakcikku ini akan belanje berbuke puase di hotel..taun ni alhamdulillah aku dapat g, da 3 tahun aku miss nak g berbuke pose ni..aku tak dapat nak join sbb aku masih study di penang..

kat hotel ni makanan die lebih kepada ala kekampungan dan banyak sgt pilihan..rojak buah, yong tau fu, mee kari, laksa, kebab, bubur merah macam2 lagi la..

7 Sept - Seoul Garden, Kg Kerinchi..kat cni makanan ala steamboat..byk gak pilihan, makanan laut, daging, sayur-sayuran, aiskrim..yang ni aku g bersame-same Mr F selepas balik dr ofis ku ( ingatkan org HR pggl dtg ofis sbb aku de wat salah, upe2nye nak bg wit raye hahahaaa syiokkk..)..makan ckit pun da kenyang cm tak berbaloi je dahle mahal..xpe2, at least aku dapat pengalaman baru..=)
16 Sept - Hotel Renaissance..yang ni vendor Mr F yang belanje..(tenkiu sbb ajak wani) hehe..kat cni pun byk choice gak tp aku tak dapat mkn banyak2, sbb emm makanan die aku jarang makan dan aku tak berani nak rase hehe..yg plg sedap daging lembu masak pe ntah tp mmg sedap..kek plak berjenis2, paling menarik strawberry cokelat ( cam siti nurhaliza la plak hehe)..
gamba takde tym makan kat cni..rugi plak tak tgkap gmba..nak tgkap gmba i malu la, nnt org ckp cam jakun plak hehe sbb kat cni tak rmi sgt org sbb tmpt die cam cafe je..

Family = Father and Mother I Love You

Baca pelan- pelan dan penuh penghayatan.

Aku terlanggar seorang asing semasa berjalan,
"Oh maafkan saya, saya tak perasan"

Katanya "Maafkan saya juga,
Saya tak nampak saudara"

Kami amat bersopan dan saling menghormati,
Kami saling melambai sambil berlalu pergi,

Tetapi di rumah lain pula ceritanya,
Bagaimana kita melayan orang tersayang, tua dan muda,

Lewat petang, tika memasak makan malam,
Anak lelaki kecilku berdiri di dapur secara diam-diam,

Bila berpaling aku hampir melanggarnya jatuh,
Jerkahku, "Jangan buat kacau di sini, pergi main jauh-jauh"

Dia berlalu pergi, hatinya hancur luluh dan beku,
Aku tak sedar, bertapa kasarnya kata-kataku,

Sedangku berbaring di katil mendengar musik,
Terdengar suara halus datang membisik,

"Bila bersama orang tak dikenali,
Begitu bersopan dan merendah diri,
Tetapi ahli keluarga tersayang, sering dimarah dan dicaci",

"Cubalah kau pergi lihat di lantai dapur,
Kan kau temui bunga-bungaan berterabur",

"Itu adalah bunga-bunga dibawanya untuk kamu,
Dia memetiknya sendiri, kuning, biru dan unggu",

"Dia berdiri senyap agar jadi kejutan buat kamu,
Kamu tak pernah sedar airmatanya yang datang bertamu",

Pada tika ini, aku merasa amat kecil sekali,
Airmataku mencurah ibarat air di kali,

Senyap-senyap ku kebiliknya, dan melutut di katil,
"Bangunlah, anakku, bangunlah si kecil"

"Apakah bunga-bunga ini dipetik untuk mak?
Dia tersenyum, "Adik terjumpanya belakang rumah di semak"

"Adik memetiknya kerana ia cantik seperti ibu,
ibu tentu suka terutama yang unggu,

"Maafkan ibu, atas sikap ibu hari ini,
Ibu tak harus menjerkah kamu, sebegini,

Katanya,"Oh, ibu, itu tak mengapa,
Saya tetap sayang ibu melebihi segala,

Bisikku, "Anakku, ibu pun sayang kamu,
dan ibu suka bunga itu, terutama yang unggu,


FAMILY

Adakah kamu sedar, sekiranya kita mati hari ini,
syarikat tempat kita berkerja akan senang-senang mendapat pengganti,
dalam hanya beberapa hari?

Tetapi keluarga yang kita tinggalkan,
akan merasa kehilangan kita sepanjang hayat.

Dan sedarlah, sekiranya kita menghabiskan masa kita kepada kerja,
Melebihi keluarga kita, adalah merupakan suatu pelaburan yang tidak bijak.
Bukankah begitu?

Jadi apakah maksud yang tersirat?

Tahukah anda makna "FAMILY"?
FAMILY = (F)ATHER (A)ND (M)OTHER (I) (L)OVE (Y)OU


" HARGAILAH KELUARGA ANDA "