Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam
Monday, October 17, 2011
Doa Semasa Hamil
Labels: P for PregnancySunday, October 16, 2011
First Child
Labels: C for Child, F for FamilyNape 1st child?? sbb arap pasni ade la 2nd, 3rd ,4th ....child hehehe insyaAllah
Si kecik ni dilahirkan pada 5 April 2011 di Pusat Perubatan Naluri, Wangsa Maju, KL..Nama penuh Raudhatul Safiyyah, panggil Safiyyah nk panggil Raudhah pun leh..Maksud nama Taman yang suci
Sekarang si kecik ni dah 6 bulan, dah pandai meniarap dan da tumbuh 2 batang gigi, sangat peramah dan suke senyumTeringat 1st day kene keje after cukup 60 ari cuti bersalin..dari hantar die ke rumah mak mertua sampai la office, airmate tak benti2 kuar miahahaa memang sedih gler..yela, selama 2 bln tak penah berpisah ngan die..bile dah start keje masa untuk die pun semakin berkurang..pagi keje malam je la dapat main2 ngan die sebab tu kalau waktu malam saya taknak berpisah ngn die, kalau leh biar setiap malam die tido di sisi saya (ermmm arap mereka2 disane tu dapat memahami perasaan saya)
readmore »»
Kembali Active
Wowww lame sudah tak update blog since 2009 tuh..da 2 tahun berlalu makanya banyak la benda2 baru berlaku dalam hidup saya..ok lah, saya buat summary je, nak cite panjang sgt plak hehe
12 Disember 2009
Berubahnye status single ke married..akhirnya saya diijabkabulkan dengan En F, kalau bace post2 sblm ni de nama Mr X kan??skrg ni da bertukar kpd En F...Mr X and En F ni orang yang same tau..
13 Disember 2009
Majlis resepsi sebelah perempuan..buat kat rumah ayah dan mak di Klang
Saturday, September 19, 2009
Selamat Hari Raya
Labels: I for Islam, O for OthersSaye shazwani a.k.a wanyie ingin megucapkan selamat hari raya kepada family, kawan2, blogger and sume muslimin dan muslimat di dunia ini hehe..
saye juge ingin meminta maaf dari hujung kaki hingga hujung rambut..ne tau de terngumpat ke tersalah kate ke segale ter2 la..kalau de salah arap diampun ye..
(nurul iliani @ lili) : selamat pengantin baru yang bakal berkahwin pada hari raye ke 5 nnt..semoge sumenye akan berjalan lancar..insyaAllah wanyie akan datang..
Jihan & ila : terima kasih banyak2 tuk kad raye tuh..sori tak dapat nak balas, kalau datang klang jangan lupe singgah rumah wani tau..
Mr X : ehmm sedang pk2 nak datang raye uma awak ke tak heheheee..selamat ari raye..jangan sedih2 zaman bujang da takde..nnt wani di kebas orang, nak ke??hahahaa =p
readmore »»Sunday, September 13, 2009
Ramadhan 2009
Labels: M for Makan





Family = Father and Mother I Love You
Baca pelan- pelan dan penuh penghayatan.
Aku terlanggar seorang asing semasa berjalan,
"Oh maafkan saya, saya tak perasan"
Katanya "Maafkan saya juga,
Saya tak nampak saudara"
Kami amat bersopan dan saling menghormati,
Kami saling melambai sambil berlalu pergi,
Tetapi di rumah lain pula ceritanya,
Bagaimana kita melayan orang tersayang, tua dan muda,
Lewat petang, tika memasak makan malam,
Anak lelaki kecilku berdiri di dapur secara diam-diam,
Bila berpaling aku hampir melanggarnya jatuh,
Jerkahku, "Jangan buat kacau di sini, pergi main jauh-jauh"
Dia berlalu pergi, hatinya hancur luluh dan beku,
Aku tak sedar, bertapa kasarnya kata-kataku,
Sedangku berbaring di katil mendengar musik,
Terdengar suara halus datang membisik,
"Bila bersama orang tak dikenali,
Begitu bersopan dan merendah diri,
Tetapi ahli keluarga tersayang, sering dimarah dan dicaci",
"Cubalah kau pergi lihat di lantai dapur,
Kan kau temui bunga-bungaan berterabur",
"Itu adalah bunga-bunga dibawanya untuk kamu,
Dia memetiknya sendiri, kuning, biru dan unggu",
"Dia berdiri senyap agar jadi kejutan buat kamu,
Kamu tak pernah sedar airmatanya yang datang bertamu",
Pada tika ini, aku merasa amat kecil sekali,
Airmataku mencurah ibarat air di kali,
Senyap-senyap ku kebiliknya, dan melutut di katil,
"Bangunlah, anakku, bangunlah si kecil"
"Apakah bunga-bunga ini dipetik untuk mak?
Dia tersenyum, "Adik terjumpanya belakang rumah di semak"
"Adik memetiknya kerana ia cantik seperti ibu,
ibu tentu suka terutama yang unggu,
"Maafkan ibu, atas sikap ibu hari ini,
Ibu tak harus menjerkah kamu, sebegini,
Katanya,"Oh, ibu, itu tak mengapa,
Saya tetap sayang ibu melebihi segala,
Bisikku, "Anakku, ibu pun sayang kamu,
dan ibu suka bunga itu, terutama yang unggu,
FAMILY
Adakah kamu sedar, sekiranya kita mati hari ini,
syarikat tempat kita berkerja akan senang-senang mendapat pengganti,
dalam hanya beberapa hari?
Tetapi keluarga yang kita tinggalkan,
akan merasa kehilangan kita sepanjang hayat.
Dan sedarlah, sekiranya kita menghabiskan masa kita kepada kerja,
Melebihi keluarga kita, adalah merupakan suatu pelaburan yang tidak bijak.
Bukankah begitu?
Jadi apakah maksud yang tersirat?
Tahukah anda makna "FAMILY"?
FAMILY = (F)ATHER (A)ND (M)OTHER (I) (L)OVE (Y)OU
" HARGAILAH KELUARGA ANDA "












