Monday, October 17, 2011

Doa Semasa Hamil

Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam


p/s: masa ni dah 9 bulan.duk menghitung ari =)

Sunday, October 16, 2011

First Child

Nape 1st child?? sbb arap pasni ade la 2nd, 3rd ,4th ....child hehehe insyaAllah
Si kecik ni dilahirkan pada 5 April 2011 di Pusat Perubatan Naluri, Wangsa Maju, KL..Nama penuh Raudhatul Safiyyah, panggil Safiyyah nk panggil Raudhah pun leh..Maksud nama Taman yang suci

1st day

   21 May 2011
Majlis Aqiqah dan Cukur Jambul

MySpaceSekarang si kecik ni dah 6 bulan, dah pandai meniarap dan da tumbuh 2 batang gigi, sangat peramah dan suke senyum


Teringat 1st day kene keje after cukup 60 ari cuti bersalin..dari hantar die ke rumah mak mertua sampai la office, airmate tak benti2 kuar miahahaa memang sedih gler..yela, selama 2 bln tak penah berpisah ngan die..bile dah start keje masa untuk die pun semakin berkurang..pagi keje malam je la dapat main2 ngan die sebab tu kalau waktu malam saya taknak berpisah ngn die, kalau leh biar setiap malam die tido di sisi saya (ermmm arap mereka2 disane tu dapat memahami perasaan saya)

Kembali Active

Wowww lame sudah tak update blog since 2009 tuh..da 2 tahun berlalu makanya banyak la benda2 baru berlaku dalam hidup saya..ok lah, saya buat summary je, nak cite panjang sgt plak hehe

12 Disember 2009
Berubahnye status single ke married..akhirnya saya diijabkabulkan dengan En F, kalau bace post2 sblm ni de nama Mr X kan??skrg ni da bertukar kpd En F...Mr X and En F ni orang yang same tau..


13 Disember 2009
Majlis resepsi sebelah perempuan..buat kat rumah ayah dan mak di Klang


20 Disember 2009
Majlis resepsi sebelah lelaki di Dewan Beringin, Taman Sri Gombak


Walaupun da 2 tahun berlalu, saya nak mengucapkan jutaan terima kasih kepada sume yang terlibat menjayakan majlis perkahwinan saya ni..tenkiu so much..segala jasa anda semua mmg tak dapat saya balas..sekiranya ade kekurangan saya dan keluarga saya ingin meminta maaf dan saya berharap hubungan kite semua semakin baik dan erat